Tugasan & Panduan Kerja Kursus Pendidikan Moral SPM 2015

Berikut merupakan panduan dan juga tugasan kerja kursus Pendidikan Moral SPM 2015. Pelajar yang mengambil subjek Pendidikan Moral bolehlah mula merancang kerja kursus anda bagi menyiapkan tugas tepat pada masanya.

Panduan Am Pendidikan Moral SPM 2015

  1. Tugasan kerja kursus ini hendaklah dijalankan dari bulan Julai hingga bulan Ogos
    semasa di Tingkatan 5. 
  2.  Guru penilai adalah guru yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Moral Aliran
    Kemahiran. 
  3.  Penilaian kerja kursus merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan
    pembelajaran. 
  4.  Penilaian kerja kursus ini dilakukan secara berterusan mengikut format yang
    dikeluarkan oleh  Lembaga Peperiksaan (LP). 
  5. Aspek dan kriteria dalam panduan penilaian kerja kursus ini hendaklah dimaklumkan
    kepada calon. 
  6. Tugasan kerja kursus Pendidikan Moral Aliran Kemahiran perlu disiapkan sebelum
    atau pada 15 Ogos 2015. 
  7. Jumlah markah untuk hasil kerja kursus ini ialah 20 markah. 
  8.  Tugasan kerja kursus akan di muat-naikkan di laman sesawang LP sebelum
    bulan Julai.
kpm

Arahan Kepada Calon yang Mengambil Pendidikan Moral 2015

  1.  Calon yang mengambil mata pelajaran Pendidikan Moral Aliran Kemahiran wajib
    melaksanakan kerja kursus. 
  2.  Calon dikehendaki melaksanakan satu kerja kursus semasa di Tingkatan 5. 
  3.  Calon dikehendaki melaksanakan tugasan yang ditetapkan dan disahkan oleh
    Pengetua sekolah. 
  4. Calon mestilah mengemukakan hasil kerja yang tulen dan tidak ditiru daripada
    mana-mana pihak. 
  5.  Calon yang akan dinilai berdasarkan proses kerja dan hasil kerja serta pemberian
    markah dilakukan oleh guru penilai sepanjang masa kerja kursus dilaksanakan. 
  6.  Calon boleh mendapatkan bahan dari pelbagai sumber media massa

Tajuk Tugasan Kerja Kursus Pendidikan Moral 2015

 Berdasarkan tema Hidup Bermasyarakat, anda dikehendaki menghasilkan folio yang
bertajuk Peka Kepada Isu-isu Alam Sekitar. 
Folio anda perlu mengandungi maklumat berikut: 
(a) Gambar: i) Aktiviti / punca yang mencemarkan alam sekitar.
                    ii)  Kesan-kesan pencemaran alam sekitar.
(b) Rencana atau petikan akhbar atau artikel berkaitan pencemaran alam sekitar.
 (c) Refleksi yang mengandungi cara-cara mengatasi masalah pencemaran alam sekitar. 
TUGASAN TAMAT 

Be the first to comment on "Tugasan & Panduan Kerja Kursus Pendidikan Moral SPM 2015"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*