Tersalah Mengisi Jumlah Pengeluaran i-Sinar KWSP

Kementerian Kewangan melaporkan bahawa permohonan i-Sinar yang dibuka pada tarikh 23 Disember lepas dilihat berjalan dengan lancar.

Permohonan yang dikhususkan bagi pemohon kategori 1 itu berjalan tanpa sebarang gangguan.

Namun bagaimanapun, ramai yang melaporkan salah ketika mengisi jumlah pengeluaran pada borang permohonan.

Ramai juga yang menyuarakan hal ini kepada pihak KWSP, namun jawapan KWSP agak mendukacitakan, iaitu permohonan yang telah dihantar tidak boleh diubah, dan menyuruh para pemohon untuk menungggu tarikh 4 Januari 2021 ini untuk membuat semakan keputusan.

Menurut kami, hal tersebut berlaku disebabkan sistem UI (user interface) yang digunakan KWSP agak mengelirukan tertamanya bagi mereka yang tidak arif dalam bidan IT.

Ini kerana, para pemohon perlu meleretkan nilai yang dikehendaki pada sistem yang digunakan KWSP. Lihat gambar di bawah ini.

Ramai yang teruskan permohonan tanpa menetapkan amaun pilihan pada langkah nombor 5.

Pada pendapat kami, pihak KWSP perlu menukar interface cara pemilihan amaun tersebut. Gunakan cara yang lebih mudah difahami seperti membuat ‘dropdown” option.

DIharap pihak KWSP dapat ambil cakna akan perihal ini.

Leave a Comment