Tempat tempat menarik di Sabah

 
Tempat-tempat menarik di Sabah
Negeri Sabah memang terkenal dengan kehijauan dan merupakan
destinasi pelancong dek kerana mempunyai banyak tempat-tempat menarik di Sabah.
Bagi yang meminati tempat-tempat belatarbelakangkan kehijauan alam semula jadi,
di sini admin nak kongsikan sedikit sebanyak tempat yang boleh anda lawat
ketika mengunjungi Negeri Di Bawah Bayu ini.
 Tempat-tempat menarik
di Sabah

1)     
Kinabalu Park

Terletak di Kundasang, sabah dan perjalanan
memakan masa 1 jam 30 minit dari Kota Kinabalu ini menyajikan pemandangan kehijauan
alam yang cukup indah. Kinabalu Park juga merupakan laluan utama bagi mereka
yang ingin melakukan pendakian ke Gunung Kinabalu.

2)     
Rainforest Discover Centre

Terlekak di Sepilok Sandakan dan banyak
kajian mengenai alam semulajadi Borneo dijalankan disini. Bagi pelawat yang
ingin melihat haiwan secara live, anda dikehendaki untuk berjalan kaki di
sepanjang denai dan haiwan yang sering kali kelihatan jika bernasib baik ialah
pelanduk, musang, tarsier, monyet dan macam-macam lagi haiwan daripada specis
burung dan serangga.
 

3)     
Pulau Sipadan

Sebagai info, Pulau Sipadan tersenarai dalam
10 Pulau tercantik di dunia.
 

4)     
Taman Marin Tunku Abdul Rahman

Terletak 20 minit perjalanan mengunakan bot  dari Kota Kinabalu dan taman ini merupakan
gabungan 5 buah pulau yang berdekatan iaitu Pulau Manukan, Pulau Mamutik, Pulau
Sulug, Pulau Gaya dan Pulau Sapi.
 

5)     
Lembah Danum

Terletak dibahagian Lahad Datu, Sabah,
hutan ini merupakan habitat bagi badak sumatera, urang utan, ungka, harimau
dahandan pelanduk. Tempat ini menawarkan keindahan semula jadi yang sangat
memukau dan sangat bagus untuk mereka yang inginkan istirehat.
 

6)     
Via Ferata Gunung  Kinabalu

Bagi mereka yang inginkan cabaran, aktiviti
ini adalah terbaik untuk anda. Via ferata atau laluan besi merupakan jalan
gunung yang merangkumi beberapa rel, kabel ban siri anak tangga yang melekat pada
permukaan batu gunung Kinabalu.
 

7)     
Pulau Tiga

Terletak 120KM dari Kota Kinabalu Sabah dan
juga dikenali sebagai Survivor Island kerana pulau tersebut tidak diduduki.
 

8)     
Pulau Layang-layang

Pulau ini dijadikan lokasi menyelam kedua
popular selepas Pulau Sipadan. Kawasan pulau yang luar inimenempatkan resort 90
bilik, pangkalan tentera laut Malaysia dan merupakan tempat penetasan beberapa
jenis burung laut yang berhijrah.
 
Semoga perkongsian Tempat-tempat menarik di Sabah bermanfaat
kepada anda.

1 Comment on "Tempat tempat menarik di Sabah"

  1. Sabah memang cantik kalau bab2 pemandangan ni. Salute Sabah!!!!

Leave a comment

Your email address will not be published.


*