Takwim Sekolah Sesi 2023 / 2024 (Kalendar Akademik)

Sedar tak sedar kita dah masuk ke tahun baru iaitu tahun 2023. Antara benda yang paling penting bila masuk tahun baru ni adalah nak tengok takwim persekolahan. Benda ni bukan saja penting untuk para murid, tapi untuk ibu bapa juga.

Apa tak nya, kita sebagai ibu bapa ni mesti bila nak rancang apa-apa aktivit atau percutian mesti akan tengok dulu kalendar akademik anak-anak. Nak tahu bila waktu cuti, nak tengok berapa hari cuti semester , nak tengok bila start pendaftaran anak-anak dan macam-macam lagilah.

Jadi, pada artikel kali ini saya akan kongsikan takwim persekolahan sesi 2023/2024. Kenapa sesi persekolahan yang sama tapi bercampur tahun?Okay, untuk yang masih tak tahu, bukan macam zaman saya dulu di mana sesi persekolahan start bulan januari, berakhir bulan Disember. Itu dulu. Sekarang sesi persekolahan dah mula bulan mac berakhir februari. Benda ni jadi sebab nak selaraskan dengan jadual peperiksaan SPM dan kalendar kemasukan ke Universiti Awam (UA), Politeknik, dan lain-lain IPT.

3 Semester

Kalau dulu, ada 2 semester sahaja di dalam satu tahun. Tapi kini dah jadu 3 semester bagi 1 sesi pembelajaran. Kemudian, pada setiap akhir semester tu akan ada cuti semester.1 minggu hingga ke beberapa minggu.

Kalendar Akademik Sesi 2023/2024

Baiklah, jadi sini saya kongsikan kalendar akademik untuk sesi persekolahan 2023/2024.

kalendar ni dibahagikan kepada 2 jadual iaitu Sekolah A dan Sekolah B.

Senarai bagi sekolah dalam kumpulan A:

  • Johor
  • Kedah
  • Kelantan
  • Terengganu

Senarai bagi sekolah dalam kumpulan B pula;

  • Melaka
  • Negeri Sembilan
  • Pahang
  • Perak
  • Perlis
  • Pulau Pinang
  • Sabah
  • Sarawak
  • Selangor
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
  • Wilayah Persekutuan Labuan
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya

Tarikh Persekolahan Bermula

Daripada kalendar akademik yang diberikan ini, sesi persekolahan pada tahun 2022 akan bermula pada 19 Mac 2023 bagi negeri kumpulan A dan 20 Mac 2023 bagi negeri kumpulan B.

Senarai cuti Perayaan Sekolah

Sudah tentulah kan antara yang ditunggu-tunggu juga adalah tarikh bila cuti perayaan di Malaysia. Yelah, selalunya bila cuti perayaan ni, tak sah kalau tak cuti 2,3 hari. kadang-kadang sampai ke seminggu cutinya.

Macam saya, sudah tentu akan lihat bila hari raya puasa dan berapa banyak hari diberi cuti pada waktu tu kan. Sebab nak rancang beli baju raya, persiapan raya, balik kampung dan sebagainya.

Jadi, di bawah ni saya kongsi pula jadual untuk perayaan di Malaysia yang mana meliputi cuti sekolah juga. Bolehlah simpan jadual ni kan untuk rancang percutian, bila nak balik kampung kan.

Dalam jadual di atas, boleh nampak ada 4 perayaan utama yang berada dalam takwim persekolahan. Maksudnya perayaan macam Hari Krismas, berada dalam kalendar cuti sekolah, dan ianya tidak disertakan dalam jadual cuti perayaan ni.

Kalau dilihat dalam jadual tu, hari raya jatuh pada hari Sabtu. Akan tetapi Kementerian Pendidikan Malaysia bermurah hati untuk bagi cuti tambahan pada hari khamis. jadi, dapatlah cuti untuk beberapa hari. Dan kadang-kadang ada sekolah yang akan beri cuti lebih lagi dengan isytihar cuti peristiwa atau cuti lain. Itupun bergantung kepada sekolah.Jadual ni hanya sebagai panduan kepada cuti yang diberikan KPM.

Download takwim Persekolahan

Kalau rasa nak download takwim ni lepas tu nak print ke atau apa dan lekat di satu sudut di rumah anda, boleh download dan print.

Lihat di bawah ni.

Bila start pesekolahan tahun 2023?

19/20 Mac 2023.

Ada berapa penggal sesi persekolahan 2023/2024 ni?

Ada 3 semester/ penggal.

artikel lain:

Leave a Comment