Connect with us

surat

Contoh Surat Kiriman Rasmi Untuk Pelajar yang Mudah dan Senang

Published

on

contoh surat rasmi untuk pelajar dan orang awam

Contoh surat kiriman rasmi untuk pelajar adalah amat penting. Pelajar perlulah tahu cara menulis surat, mesej ataupun nota. Mereka perlu tahu gaya penulisan yang berbeza untuk format. mereka perlu tahu mengenai surat kiriman rasmi dan surat kirima tidak rasmi. Ianya adalah salah satu cara untuk menyampaikan hajat sama ada dalam bidang perniagaan ataupun hal yang lain seperti urusan kerajaan.

Di dunia yang pesat dengan pembangunan teknologi ini, email telahpun menjadi satu medium dalam masyarakkat kita untuk berhubung. Penggunaan surat kian berkurang. Akan tetapi ia masih lagi menjadi alat perhubungan yang penting. Maklumat mengenai contoh surat kiriman rasmi berguna kepada para pelajar untuk mendapatkan maklumat, untuk memohon kemasukan ke mana-mana program akademik, mendapatkan kerja, untuk membuat aduan tentang perkhidmatan atau barang atau untuk menyuarakan pendapat pada perkara-perkara tertentu.

APA YANG PERLU ADA DALAM SURAT KIRIMAN RASMI

Apabila menulis surat, anda perlulah mengambil kira beberapa perkara, yang mana anda perlu nyatakan di dalam penulisan surat anda. Secara umumnya, ianya perlulah mengandungi alamat (perniagaan/persendrian), gaya penulisan, ucapan salam, mesej yang hendak disampaikan dan juga bagaimana penutup surat.

It’s structure consist of some these basic points:

Struktur bagi surat rasmi adalah seperti berikut:

  • Alamat pengirim diletakkan pada bahagian atas sebelah kiri.
  • Sertakan nombor telefon atau email jika ada.
  • Alamat penerima pula diletakkan di bahagian  bawah alamat pengirim di sebelah kanan.
  • Tulis tarikh surat ditulis.
  • Ucapan sapaan –  Tuan, Puan ataupun boleh gunakan Encik ataupun Cik jika anda tahu nama kepada siapa surat anda ditujukan.
  • Tuliskan perkara ataupun tujuan anda menulis.
  • Nayatakan  mesej dan isi anda di dalam surat.
  • Kata penutup seperti “yang benar”, “yang menjalankan tugas” dan sebagainya.
  • Tanda tangan.

 

Contoh Surat Kiriman Rasmi dalam format PDF

contoh surat rasmi untuk pelajar dan orang awam

Contoh surat kiriman rasmi yang mengikut format

DOWNLOAD SURAT KIRIMAN RASMI PDF

 

TIPS KETIKA MENULIS SURAT RASMI

Semasa menulis surat rasmi, ikuti beberapa tips ini untuk menjadikan surat anda lebih menarik tidak kiralah untuk tujuan perniagaan ataupun kerja.

 

ISI PERLU JELAS TEPAT

Nyatakan tujuan anda menulis surat dalam perenggan yang pertama. Elakkan dan hentikan penggunaan bahasa yang berbunga-bunga. Jadikan sura tanda ringkas, padat dan terus kepada point penting. Dalam bahasa lainnya, ianya tidak mengandungi perkataan dan ayat yang tidak perlu.

GUNAKAN BAHASA YANG SESUAI

Surat rasmi perlulah ditulis dalam bahasa (tone) yang rasmi dan tidak sama seperti bahasa pertuturan kita seharian. Elakkan penggunaan slang. Jujur dan hormat walaupun anda menulis untuk aduan.

 

BACA KEMBALI

Baca kembali penting apabila surat telahpun siap ditulis. Lihat setiap kesalahan tatabahasa jika ada. Kesalahan ejaan juga perlu dielakkan. Sedikit tips jika anda menulis melalui komputer, gunakan “spell checker” untuk membetulkan kesalahan. Dan adalah lebih baik jika “proofread” ini dilakukan oleh orang lain. Minta kawan ataupun kelurga baca kembali surat yang anda tulis.

GUNAKAN FORMAT SURAT RASMI YANG BETUL

 

Perlu diingat, pandangan kali pertama itu penting. Jika anda ingin surat anda nampak lebih menarik, gunakan kertas yang baik kualitinya dan sampul surat yang terbaik.  Pastikan alamat ditulis betul dan nama penerima ditulis tanpa sebarang kesalahan ejaan.

FORMAT

Format menulis surat kiriman rasmi ianya perlulah tepat.

Heading perlu mempunya alamt pengirim dan tarikh.

Dalam alamat ianya perlulah mengandungi nama dan alamat penerima. Jika boleh tulis surat rasmi ini spesifik kepada individu tertentu. Sebagai contoh surat tidak hadi ke sekolah diulis kepada guru kelas.

Jarakkan satu ruang garisan sleepas menulis alamat . Ini untuk menulis kata sapaan.(tuan, puan, cik, encik).

Isi penting ditulis dengan bahasa ringkas tidak meleret dan terus kepada tujuan utama menulis.

Penutup dan tnada tangan adalah bahagian akhir. Langkah satu baris selepas isi dan tulis penutup. Kemudian turunkan tnada tangan anda.

Ada banyak acara yang mana surat boleh ditulis.

Ada yang menulis untuk mengucapkan tahniah, bertukar khabar berita, membuat temujanji, cuti sakit, memohon kerja, berhenti kerja, aduan,mahupun surat yang dihantar ke suratkhabar dan majalah.

Kita boleh lihat menulis surat rasmi adalah amat penting dalam banyak hal tertamanya perniagaan dan urusan rasmi. Setiamorang perlu tahu format surat rasmi yang betul dan tepat.

Manakala format surat kiriman tidak rasmi yang dihantar kepada rakan pula banyak beza formatnya.

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.