Connect with us

agama

Cara Solat Tarawih Bersendirian di Rumah

Published

on

cara solat tarawih sendiri

Bulan ramadhan akhirnya menjelma. Antara ibadat yang dilakukan di dalam bulan ramadhan selain berpuasa adalah mengerjakan solat tarawih.

Solat tarawih dikerjakan dengan bilangan rakaat 8-20. Selalunya solat tarawih dikerjakan di masjid. Akan tetapi, ianya boleh juga dikerjakan di rumah. Terutamanya bagi mereka yang tidak berksesampatan utnuk datang ke masjid.

Pada artikel kali ini, kami akan berkongsi dengan anda cara untuk solat tarawih bersendirian di rumah. Tertamanya bagi kaum wanita.

Cara Solat Tarawih Bersendirian di Rumah

Secara ringkasnya, solat tarawih dikerjakan sama sahaja seperti solat sunat lain, di mana pada rakkaat pertama membaca alfatihah dan surah, begitu juga dengan rakaat kedua.

Apa yang berlainan hanyalah niat mengerjakan solat tarawih.

Anda boleh melihat pada gambar yang tertera di bawah ini.


Niat: Usolli Sunnatat tarawih rak’ataini lillahi taala.

Maksud: sahaja aku solat tarawih 2 rakat kerana Allah ta’ala

Rakaat pertama: Membaca surah alfatihah dan surah pilihan.

Rakaat kedua: Membaca surah alfatihah dan surah pilihan.

Kemudian beri salam

Ulangi sehingga cukup 8 rakaat.

Cara Solat Witir Selepas Solat tarawih

Selepas mengerjakan solat tarawih, tutuplah solat dengan mengerjakan solat witir.

Solat witir dikerjakan sebanyak 3 rakaat. Dengan 2 salam.

Sempurnakan 2 rakaat dahulu, kemudian 1 rakaat.

Cara mengerjakannya sama sahaja seperti solat sunat lain.

Niat solat witir: Usolli Sunnatan witri rak’ataini lillahi ta’ala

Semoga panduan ringkas ini dapat membantu anda untuk tidak meninggalkan solat tarawih walaupun tidak berkesempatan hadir ke masjid. Ini kerana anda boleh sahaja solat tarawih sendirian di rumah.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.