Bila bercakap mengenai smarpthone ni, memang tak akan habis. Ini kerana setiap tahun akan ada smartphone baru dikeluarkan oleh setiap jenama. Tidak kiralah daripada Samsung, Xiaomi, Huawei, LG dan banyak lagi pengeluar smartphone lain. Pada kali ini, saya ingin berkongsi mengenai 10 smartphone terbaik yang berharga di bawah RM1000.
Senarai Smartphone harga RM1000 di tahun 2018
Dalam memilih smartphone terbaik, beberapa spesifiasi perlu diambil kira. Antaranya adalah RAM, ROM, dan Processor.
Berikut 5 pilihan saya smartphone terbaik.
Redmi 5 Plus
Redmi 5 Plus dilengkapi dengan skrin bersaiz 5.99.
Terdapat dua variasi iaitu variasi 3GB RAM dan 4GB RAM.
Huawei Nova 3i
Setelah Huawei berjaya dengan model Huawei Nova 2i, maka legasi Nova diteruskan lagi dengan Huwaei Nova 3i. Huawei Nova 3i dilengkapi dengan skrin yang lebih besar iaitu sebesar 6.3 inci. Memori pula sebesar 256GB dan ram sebanyak 4GB ram. Satu lagi tarikan pada smartphone ini adalah kelebihan pada kamera. 2 kamera hadapan dan 2 kamera belakang. Dual Front Camera : 24MP+2MP .Dual Rear Camera : 16MP+2MP.
Harga sekarang sekitar RM1300. Akan tetapi anda boleh mendapatkannya dengan harga serendah RM1000.
Xiaomi Mi A2
Satu lagi model yang diteruskan pengeluarannya adalah Xiaomi Mi A2. Setelah MI A1 mendapat sambutan, Xiaomi tidak teragak agak mengeluarkan model Mi A2. Apa yang menjadi daya tumpuan orang ramai pada peranti ini adalah kelebihan OS yang digunakan adalah pure stock android.
Smartphone ini dilengkapi RAM 4GB dengan pilihan storan ROM.
Samsung J8 2018
Apa yang menjadi daya penarik pada Samsung J8 adalah dengan kelebihan skrin infiniti juga dilengkapi dengan Amoled skrin. Semua gambar akan tampak terang dan cantik apabila di lihat daripada skrin Samsung J8.
Anda tidak akan rasa menyesal kerana membeli Smartphone jenama Samsung.
Beli disini Samsung J8 – RM879
Asus Zenfone Max Pro M1
Jika orang terdengar Asus, pasti ramai yang tidak menjadikan Asus sebagai pilihan. Jika dulu, YA, tapi sekarang Asus juga telah membuat banyak penambahbaikan. Kini tidak lagi seperti Asus yang lama. Asus Zenfone Max pro M1 mempunyai kelbebihan dari segi bateri yang tahan. Jika anda kaki gaming, anda sesuai memilikinya.
Beli Asus Zenfone MAx Pro M1 harga RM849
Maka, buatlah pilihan yang tepat untuk membeli smartphone. Pilihlah diantara 5 senarai yang telah saya buat ini. Anda tidak akan menyesal.