Senarai Peribahasa Melayu dan Maksudnya

Peribahasa melayu meruapakan satu gaya bahasa yang sangat berharga. Budaya melayu itu sneidir kaya dengan peribahasa. Selalunya peribahasa digunakan bagi menunjukkan nilai-nilai murni, niat memberi nasihat, menegur dan bersenda gurau.

Berikut merupakan beberapa peribahasa Melayu yang popular berserta maksudnya.

peribahasa

Senarai Peribahasa Dan Maksud

BIL
PERIBAHASA
MAKNA
1
Air beriak tanda tak dalam
Banyak bercakap tanda tiada
berilmu.
2
Alang-alang  berminyak biar licin
Berbuat sesuatu jangan kepalang
tanggung.
3
Alang-alang menyeluk pekasam,
biar sampai ke pangkal lengan
Kalau sudah terlanjur berbuat
sesuatu, biarlah diperoleh hasil daripadanya.
4
Ayam di kepuk mati kelaparan,
itik di air mati kehausan
Sangat menderita kesusahan
meskipun bergaji besar (beristerikan atau bersuamikan orang kaya) atau hidup
miskin di negara yang kaya dan makmur.
5
Bagai air mencari jenisnya
Berusaha untuk mencari ilmu
dengan tidak berhenti-henti; usaha dengan tidak mengenal jerih payah.
6
Bagai ayam disambar helang
Mati tanpa sakit.
7
Bagai cendawan tumbuh selepas
hujan
Terlalu banyak pada sesuatu
masa.
8
Bagai cincin dengan permata
Pasangan pengantin yang
sepadan.
Contoh ayat: Suami isteri itu
sama cantik sama padan seperti cincin dengan permata.
9
Bagai kerakap tumbuh di batu,
hidup segan mati tidak mahu
Hidup dalam kemelaratan.
Kerakap sebangsa sirih tetapi
tidak dimakan orang.
10
Bagai layang-layang putus tali
Tiada berpedoman. @ sudah putus
harapan,bergantung pada nasib sahaja.
11
Bagai menatang minyak yang
penuh
Memelihara anak dengan penuh
kasih sayang.
12
Bagai minyak dengan air
Orang baik kalau duduk dengan
orang jahat tidak akan menjadi jahat.
13
Bagai murai dicabut ekor
Orang yang suka  bercakap.
Perempuan yang suka bercakap
banyak.
Contoh ayat: Suasana di dalam
kelas 3P2 riuh oleh suara Nadiah yang becok bagai murai di-
cabut ekor.
14
Bagai pucuk dilancarkan
Amat cepat.
15
Bagaimana acuan begitulah
kuihnya; bagaimana contoh begitulah gubahannya
Perangai anak biasanya mengikut
orang yang mengasuhnya.
16
Baik membawa resmi padi
daripada resmi lalang
Tidak sombong; rendah diri.
17
Belayar sambil memapan, merapat
sambil belayar
Sesekali melakukan pekerjaan
dua tiga maksud tercapai.
18
Belum duduk sudah berlunjur
Belum memperoleh sesuatu yang
dikehendaki, sudah bergirang hati atau gembira lebih dulu.
19
Berat mata memandang berat lagi
bahu memikul
Betapa berat kita melihat
kesusahan yang dialami oleh seseorang, berat lagi penderitaan itu pada orang
yang menanggungnya.
20
Berjagung-jagung dahulu
sementara padi masak
Sementara menunggu apa yang
baik, lakukan juga perkara-perkara yang berfaedah.
21
Biar jatuh terletak, jangan
jatuh terhempas
Lebih baik menarik diri
terlebih dahulu sebelum diberhentikan dengan tidak terhormat.
22
Biar mati anak jangan mati adat
Adat yang tidak boleh
dilanggar.
23
Biar putih tulang jangan putih
mata
Lebih baik mati daripada
menanggung malu.
24
Carik-carik bulu ayam ,
lama-kelamaan bercantum juga
Perselisihan faham antara
saudara-mara dan adik-beradik tidak berpanjangan, akhirnya akan berbaik
semula.
25
Diam-diam ubi berisi; diam-diam
besi berkarat
Orang berilmu yang berdiam diri
lebih baik daripada orang diam tetapi tidak berilmu.
26
Diibaratkan sebagai condong
ditumpil, lemah dianduh
Memberi pertolongan kepada
orang-orang di dalam kesusahan.
27
Dimana ada kemahuan, disitu ada
jalan
Seseorang yang bercita-cita
tinggi akan berusaha untuk mencapainya.
28
Genggam bara api biar sampai
jadi arang
Membuat sesuatu pekerjaan yang
susah, hendaklah sabar sehingga mencapai kejayaannya.
29
Harimau mati meninggalkan
belang; manusia mati meninggalkan nama
Orang baik meninggalkan nama
baik, orang jahat meninggalkan nama jahat.
Setiap manusia akan dikenang
kerana jasa dan budi yang telah dilakukan semasa hidupnya.
30
Hendak belajar berenang
dapatkan itik, hendak belajar memanjat dapatkan tupai
Hendak mengetahui sesuatu
perkara bertanyalah kepada orang yang mahir tentang sesuatu perkara itu.
31
Hendak seribu daya tak hendak
seribu dalih
Setiap yang berkemahuan, tentu
ada jalan.
32
Ibarat burung, mata terlepas
badan terkurung
Tidak ada kebebasan atau
kemerdekaan.
Contoh ayat: Rakyat di negara
jajahan komunis itu ibarat burung,mata terlepas badan terkurung.
33
Jika ada kemenyan sebesar lutut
pun, jika tidak dibakar tidak akan berbau
Kepandaian hendaklah diajarkan
kepada orang lain, kerana kalau disimpan akan hilang begitu sahaja.
34
Kalau tak berada-ada tak akan
tempua bersarang rendah
Tentu ada sebab yang
tersembunyi menyebabkan sesuatu hal terjadi @ Setiap kejadian meninggalkan
kesan.
35
Kalau tiada rotan akar pun
berguna
Sesuatu perkara yang dihajatkan
sekiranya tidak dapat diperolehi memadai dengan apa yang ada.
36
Kalau tidak dipecahkan ruyung
manakan dapat sagunya
Kita tidak akan mendapat hasil
jika tidak berusaha.
37
Kalau tidak kerana angin tidak
akan pokok bergoyang
Kalau terjadi sesuatu hal tentu
ada sebab-sebabnya.
38
Perempuan serasan, lelaki
pemalu
Pegangan hidup yang tidak
serupa.
39
Sebagai gembala diberi keris
Orang yang mendapat sesuatu
yang tidak berguna.
40
Sekali membuka pura, dua tiga
hilang berbayar
Sekali melakukan pekerjaan dua
tiga maksud tercapai.
41
Semacam besar pacak daripada
tiang
Belanja lebih besar daripada
pendapatan.
42
Seperti air dalam dulang
Negeri yang aman sentosa.
43
Seperti api di dalam sekam
Kejahatan yang dilakukan secara
diam-diam atau tanpa disedari
44
Seperti aur dengan tebing
Dua orang yang berkawan rapat
dan saling membantu
Contoh ayat : Kita tidak boleh
hidup menyendiri sebaliknya hiduplah seperti aur dengan tebing.
45
Seperti aur ditarik songsang
Pekerjaan atau perkara yang
sukar diselesaikan kerana sudah tersalah jalan.
46
Seperti embun dihujung rumput
Tidak kekal
47
Seperti harimau menyembunyikan
kukunya
Orang yang menyembunyikan kelebihannya.
48
Seperti hujan jatuh ke pasir
Nasihat yang tidak dihargai
atau sesuatu pekerjaan yang sia-sia.
Contoh ayat: Nasihat kaunselor
kepada pelajar itu tidak ubah seperti hujan jatuh ke pasir kerana
kedegilannya.
49
Seperti lintah menghisap darah
Meletakkan faedah yang tinggi;
menipu dengan cara lemah lembut.
50
Seperti lipas kudung
Selalu bergerak dengan cepat.
51
Ular menyusur akar tidak akan
hilang bisanya
Orang besar yang merendahkan
diri tidak akan jatuh martabatnya.
Contoh ayat : Sekalipun beliau
bergaul dengan orang kebanyakan,namun hal itu bagai ular menyusur akal takkan
hilang bisanya.
52
Yang dikejar tak dapat yang
dikendong berciciran
Terlalu tamak untuk mencari
keuntungan hingga menyebabkan kehilangan sesuatu yang sudah dimiliki.

Be the first to comment on "Senarai Peribahasa Melayu dan Maksudnya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*