Senarai ETnik Di Sabah

Tahukah anda bahawa
terdapat lebih kurang 33 senarai etnik di Sabah yang telah dikenalpasti di
negeri ini. Sabah yang juga dikenali sebagai Negeri Di Bawah Bayu merupakan
negeri kedua terbesar di Malaysia dengan kawasan menjangkau 72,000 kilometer
persegi.
Selain mempunyai 33 senarai
etnik, penduduk di negeri ini juga berkomunikasi dalam 50 bahasa dan 80 dialek
yang berbeza. Walaupun mempunyai entik dan bahasa yang diversiti, pengunaan
bahasa kebangsaan ditutur secara meluas di negeri ini.
Selain mempunyai etnik yang
banyak, Sabah juga terkenal dengan Gunung Kinabalu yang mencecah ketinggian
4,095.20m dan merupakan gunung tertinggi di Malaysia.
Berikut merupakan senarai etnik di Sabah.
  1. Kadazandusun
  2. Rungus
  3. Bajau
  4. Melayu
    Brunei
  5. Murut
  6. Orang
    Sungei
  7. Iranun
  8. Bonggi
  9. Kwijau
  10. Paitan
  11. Lun
    Bawang
  12. Lundayeh
  13. Kedayan
  14. Suluk
  15. Iban (Iban
    Merotai)
  16. Binadan
  17. Bisaya [1]
  18. Kokos
  19. Rumanau
  20. Lotud
  21. Minokok
  22. Tidung
  23. Rungusĺ
  24. Kagayan
  25. Tatana
  26. Tagaas
  27. Ubian
  28. Kimaragang
  29. Bajau Laut
  30. Ida’an
  31. Inokang
  32. sonsogon
Kadazan-Dusun merupakan
kumpulan etnik yang terbesar di Sabah yang membentuk hampir 30% daripada
keseluruhan jumlah penduduk. Etnik Kadazan-Dusun ini mempunyai pelbagai bahasa
dan dialek dengan pelbagai kebudayaan dan adat resam  tradisionalkerana terdapat
27 suku kaum kecil di dalamnya.
Contoh kaum kecil dalam
etnik ini adalah seperti Dusun Liwan, Dusun Tindal, Dusun Pahu, Dusun Lotud,
Bagahak, Dusun Labuk, Dusun Kimaragang, Tagahas, Tangara, Dusun, Orang Sungai,
Kuijau, Tambanuo, dan banyak lagi.
Kumpulan etnik kedua
terbesar di Sabah adalah Bajau, atau juga dikenali sebagai ‘Koboi Timur’.  Kumpulan etnik ketiga terbesar di Sabah adalah
Murut, iaitu orang-orang bukit dan pemburu kepala pada masa lalu.
Sebagai tambahan, orang Cina juga termasuk
dalam kumpulan utama bagi penduduk bukan pribumi di Negeri Di Bawah Bayu ini.
Perkhawinan antara kaum Cina dan Kadazan-Dusun juga mewujudkan masyarakat baru
yang lebih dikenali sebagai Sino.
Jikalau terdapat sebarang
maklumat atau info terbaru yang anda tahu mengenai senarai etnik di Sabah
diharap anda boleh memberi maklum balas agar penambahbaikan artikel ini dapat
dibuat selaras dengan maklumat terkini. Sekian terima kasih.

Be the first to comment on "Senarai ETnik Di Sabah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*