Semakan Tahun 1 2023 Maklumat Penempatan Sekolah

Waktu ni, mesti ramai ibu bapa yang sudah mula cari barang apa yang perlu untuk anak yang dah nak masuk ke tahun 1. Macam saya, tahun depan anak bakal masuk tahun 1. Sudah tentu saya perlu bersedia banyak benda terutamanya berkenaan persediaan fizikal dan mental. Bukan je untuk anak-anak bahkan untuk saya sendiri juga.

Tapi, dalam sibuk sediakan itu ini untuk anak yang bakal naik ke tahun 1. Terlupa pula nak semak maklumat tahun 1 anak-anak. Tak tahu lagi sama ada permohonan tempoh hari untuk masukkan anak ke tahun 1 dah diterima dengan jayanya atau belum. Kalau dah diterima, mesti akan ada maklumat tentang sekolah mana yang anak akan pergi.

Oya, sebelum anda teruskan membaca. sebelum ni saya ada menulis mengenai Bantuan Tunai Rakyat BTR. Jemput baca juga ye nanti.

Semakan Tahun 1

Syukur sebab kementerian pendidikan Malaysia ni dikira agak cekap jugalah sebab dah sediakan portal khas yang dikenali sebagai https://public.moe.gov.my/

Kalau nak buat semakan maklumat tahun 1 anak boleh terus lawati laman web tu. Masukkan terus nombor kad pengenalan pemohon (dalam urusan ini, mestilah ibu bapa / penjaga). Kemudian masukkan juga kata laluan.

Lupa kata laluan

Kata laluan ni yang sebelum ni anda gunakan masa buat permohonan. Kalau anda semua mungkin dah lupa, tak payah risau. Senang je untuk dapatkan semula.Klik saja https://public.moe.gov.my/?kpm=spatkpm_lupakatalaluan . Nanti di akan bagi 3 cara untuk anda dapatkan semula password. 3 cara tu adalah dengan guna email. Kalau tak nak guna email contoh email pun anda dah lupa kan, boleh juga guna dengan soalan keselamatan. Soalan keselamatan ni pun yang anda pernah isi masa buat permohonan. Tapi kalau yang ni pun anda lupa, gunalah cara ketiga tu pula iaitu dengan padanan maklumat anak. Masukkan nombor mykid anak, mykad anda dan juga nama penuh anak. Lepas tu nanti password akan diberikan. Selamat mencuba.

Terima Penempatan Anak

Selalunya selepas permohonan untuk daftarkan anak dah selesai, sistem public moe ni akan aturkan penempatan anak, di mana dia bersekolah. Dan ibu bapa akan diberikan masa untuk fikir masak-masak nak terima ke atau tak sekolah yang diberi. Selalunya ibu bapa akan terima je. Tapi katakan ada ibu bapa yang tak nak terima, boleh tolak dan lepas tu buatlah rayuan melalui sistem yang sama.

Maklumat Penempatan

Selepas permohonan /pendaftaran dah selesai sistem akan paparkan makluamt sekolah murid. Contoh paparan macam gambar di bawah ini.

Seperti yang anda nampak. Maklumat lengkap dipaparkan di sana. Ada dinyatakan bila tarikh daftar dan nama sekolah turut diberikan. Kemudian ada bahagian dimana ibu bapa boleh terus print surat persetujuan kesihatan.

Selamat bersekolah

Saya mengucapkan kepada semua murid yang bakal bersekolah di tahun 1 agar dapat belajar bersungguh-sungguh walaupun tahun 1 ni tak tahu kenal apa pun tentang tanggungjawab belajar kan. Sebab tahu nak main je. Kepada ibu bapa juga, semoga dapat menjalankan tanggungjawab buat anak-anak yang bakal bersekolah nanti. Anak adalah tanggungjawab kita.

Leave a Comment