Semakan status permohonan i-Sinar boleh mula dibuat pada 4 Januari 2021. Semakan i Sinar ini akan menentukan sama ada permohonan anda untuk mengeluarkan akaun 1 KWSP diluluskan atau tidak.
Semakan ini hanya untuk pemohon di bawah kategori 1.

Kategori 1: Termasuk ahli yang telah lama tidak membuat carumah, suri rumah tangga, berkerja sendiri, bekerja di sektor ekonomi gig, mereka yang telah hilang pekerjaan , bercuti tanpa gaji dan juga hilang sumber pendapatan.
Mereka yang tiada membuat caruman KWSP sekurangnya dua bulan berturut-turut semasa permohonan dibuat , atau…
ahli yang mengalami pengurangan gaji pokok mereka sebanyak 30% dan ke atas sejak 1 Mac 2020.
Semakan KWSP i-Sinar Online
Anda boleh membuat semakan dengan melayari: https://isinar.kwsp.gov.my/
Semakan hanya akan dibuka pada 4 Januari 2021.
Soalan Lazim
Bilakah semakan i-sinar dibuka?
4 januari 2021.
Adakah terdapat rayuan jika tidak berjaya?
Tiada rayuan.
Bilakah pembayaran pertama akan dikreditkan ke dalam akaun pemohon?
Bermula 11 Januari 2021.