Geran Khas Prihatin 2.0 merupakan bantuan diberikan kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang layak.
Bantuan sebanyak RM3000 secara one off akan diberikan kepada PKS yang layak.
Antara syarat layak mendapatkan GKP ini adalah pekerja haruslah kurang daripada 5 orang.
Sebelum ini, GKP 1.0 telah membantu ramai golongan yang menjalankan perniagaan untuk terus kekal dengan perniagaan masing-masing.
Permohonan GKP 2.0 telahpun ditutup. Manakala semakan keputusan GKP 2.0 pula boleh mula disemak pada 27 November 2020.
Selepas semakan, duit bantuan akan mula dislaurkan kepada akaun penerima pada 30 November 2020.
Semakan GKP 2.0 Online
Di sini kami kongsiokan cara untuk membuat semakan GKP secara online.
Caranya adalah dengan layari: https://gkp.hasil.gov.my/Account/Login
Kemudian masukkan nombor kad pengenalan, dan kata laluan untuk menyemak status permohonan.

Selamat membuat semakan GKP 2.0. Semoga permohonan anda diluluskan untuk memperoleh bantuan sebanyak RM3000 ini.
Baca: Semakan i-Sinar