Sebahagian dari 8 Juta Pemohon i Sinar dapat kelulusan Automatik

Kumpulan Wang SImpanan Pekerja (KWSP) mengatakan bahawa sebahagian daripada 8 juta pemohon i sinar akan mendapat kelulusan automatik.

Mereka yang mendapat kelulusan automatik adalah daripada kategori 1 i Sinar KWSP.

KWSP mengumukna bahawa perohonan secara online i-Sinar KWSP akan bermula pada 21 Disember 2020, manakala pembayaran pertama akan dibuat pada pertengahan januari 2021.

KWSP juga menegaskan bahawa tiada perubahan pada kriteria yang diumumkan sebelum ini. Bagaimanapun, KWSP mengambil berat sebarang cadangan dan permintaan daripada mana-mana pihak yang terbabit.

Menurut KWSP, sebarang perubahan perlulah melalui proses pertimbangan yang sewajarnya kemudian ianya akan dibentangkan kepada Ahli Lembaga KWSP untuk proses kelulusan.

Manakala setiap perkara yang melibatkan isu dasar pula perlulah dibentangkan kepada Kementerian Kewangan.

Leave a Comment