Petua Muka Licin dan Berseri

Muka licin juga berseri merupakan idaman setiap orang. Tidak kira lelaki mahupun wanita. Pada kali ini kami akan berkongsi dengan anda petua bagaimana mendapatkan kulit licin dan berseri.

petua licin
Petua kulit licin untuk lelaki dan juga wanita

Cara Dapatkan Kulit Licin

1. Air

Salah satu perkara penting dalam mendapatkan kulit licin dan glow adalah dengan minum banyak air. target minum 8-10 gelas sehari. Air membantu badan mengeluarkan toksin dan sisa buangan. Bagaimanapun, elakkan minuman bergula dan berkarbonat.
2. Jus Lemon

Jus lemon boleh membantu membersaihkan kulit, dan mengurangkan bintik dan parut pada kulit. Seterusnya melembutkan dan melicinkan kulit.
Lemon mengandungi ejen pembersihan yang membantu membuang kulit mati dan menjadikan kulit lebih licin dan segar.
3. Tomato
Tomato merupakan toner semulajadi . Ia dapat membantu merawat jerawat dan jeragat.
  • Ambik beberapa biji tomato dan kisar. 
  • Letakkan tomato yang dikisar pada kulit muka.
  • Biarkan selama 10 minit. Bilas menggunakan air bersih.

4. Madu

Madu merupakan  ramuan semulajadi untuk melicinkan kulit.
  • Sapukan madu pada muka sehingga leher. 
  • Biarkan selama 10 minit.
  • Bila menggunakan air bersih.
  • Pilihan lain, boleh campur dengan telur.
Semoga dengan tips untuk mendapatkan muka licin dan berseri ini dapat anda aplikasikan dan menjadikan muka anda seperti yang anda impikan.

Be the first to comment on "Petua Muka Licin dan Berseri"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*