Petua Mudah Mengubati Tumit Kaki Yang Rosak Dan Kesan Pecah-Pecah

Tumit kaki yang rosak atau ada kesan pecah-pecah pada bahagian tumit selalunya terjadi kepada wanita yang banyak melakukan kerja. Namun kesan rosak pada tumit kaki ini juga terjadi pada lelaki. Semua wanita inginkan tumit yang halus dan lembut ini kerana boleh menambahkan lagi keyakinan dalam diri apabila mencuba kasut baru di kedai ataupun membuka kasut di hadapan kawan-kawan, jiran atau saudara sendiri.

 

Pelbagai cara yang akan perempuan gunakan untuk menghilangkan kesan rosak pada tumit kaki sungguhpun mengeluarkan duit yang banyak padahal kos untuk menghilangkan kesan rosak pada tumit kaki itu tidaklah memerlukan kos yang banyak jika diketahui.

 

Petua mengubati tumit kaki yang rosak

 

1. Minyak Kelapa

Sapukan minyak kelapa dibahagian telapak kaki yang kering sebelum tidur. Tutup kaki dengan memakai sarung kaki yang tebal. Selepas dari bangun tidur bersihkan kaki dengan air yang bersih. Ulangi perawatan ini sehingga tumit kaki lembut dan halus.

 

2. Madu

Madu selalunya dijadikan ubat dalam tubuh badan kita sebagaimana yang kita tahu. Banyak rawatan yang mengunakan madu termasuklah mengubati kesan pecah-pecah pada bahagian tumit kaki. Caranya sediakan satu air suam kedalam besen serta masukan madu ke dalamnya. Rendamkan kaki ke dalam besen tersebut dalam masa sekurang-kurangnya 20 minit serta gosok dengan menggunakan berus halus. Ini boleh membantu hilangkan kesan pecah-pecah dan kaki akan kelihatan lembut dan halus.

 

3. Minyak Zaitun

Gunakan minyak zaitun bagi memperolehi kaki yang lembut dan jauh daripada kesan pecah-pecah pada bahagian tumit kaki. Caranya, gosokkan minyak ini di sekitar tempat yang ada kesan-kesan pecah dengan gerakan yang memutar. Gosok selama satu jam kemudian bilas dengan memakai air hangat atau air yang suam. Ulangi perawatan ini sekali dalam seminggu ataupun dua kali dalam seminggu bagi menyembuhkan dengan cepat kesan tumit yang rosak pada bahagian kaki.

 

4. Limau Nipis

Limau nipis ataupun lemon boleh dijadikan untuk mengubati kesan rosak pada tumit kaki. Langkahnya adalah sediakan 1 biji limau nipis yang sudah tua. Bersihkan lalu hiris jadi 2 bahagian. Gosokkan limau nipis pada ruang kaki yang mempunyai kesan pecah-pecah. lakukan dengan cara teratur . dilakukan setiap hari jika senang supaya cepat sembuh.

 

5. Timun

Letakkan timun yang sudah di kupas kulitnya ataupun yang telah dihiris pada bahagian tumit kaki , sambil disapukan tekan dengan cara perlahan pada tumit yang rosak selama lebih kurang 10 minit.

 

6. Pisang

Sapukan Pisang yang telah dibuang kulitnya gunakan pisang yang masak, haluskan pisang dengan menjadikan seperti puree. Sapukan di bahagian tumit kaki yang ada kesan pecah-pecah dan tekan perlahan-lahan lepastu bilas dengan memakai air dingin.

 

Boleh cuba salah satu cara yang mudah bagi mengatasi kaki pecah-pecah, rosak serta kaki yang kering. Semoga cara ini dapat membantu .

Be the first to comment on "Petua Mudah Mengubati Tumit Kaki Yang Rosak Dan Kesan Pecah-Pecah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*