Permohonan Maktab Perguruan IPG 2017 Online

permohonan maktab 2015

Permohonan Maktab Perguruan atau lebih dikenali sebagai Intstitu Pendidikan Guru IPG merupakan permohonan tahunan yang ditunggu-tunggu oleh pelajar lepasan SPM. Kemasukan ke IPG merupakan permohonan yang ramai mengisinya selepas permohonan UPU.Ini kerana di dalam IPG, ianya akan menjanjikan peluang pekerjaan yang cerah kepada penuntu-penuntunya. Di mana selepas tamat belajar mereka akan diberikan penempatan untuk mengajar.

Terdapat beberapa fasa semakan yang dibuat untuk menentukan anada benar-benar dipilih memasuki IPG. Ianya bermula dengan UKCG yang bolehlah dikatakan seperti ujian saringan sebelum dipanggil mengikuti temuduga sebenar. Jika anda lulus UKCG, barulah sebelah kaki anda mengijak ke IPG. tetapi ianya masih tidak menjanjikan tempat melaiankan anda lulus sepenuhnya di dalam temuduga yang diadakan.

Semakan Keputusan Institut Pendidikan Guru PISMP 2016. Keputusan IPG 2016 boleh mula disemak mengikut tarikh-tarikh yang telah ditetapkan seperti berikut:

Tarikh Semakan IPG 2016 Online

  • Semak layak UKCG – Semakan calon berjaya Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) bagi calon-calon Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) boleh dibuat pada 05 April 2016 jam 12:00 tengahari  hingga 14 April 2016.
  • Ujian UKCG berjalan – 10-15 April 2016. [ Baca: Contoh soalan Ujian Kelayakan Calon Guru UKCG]
  • Semak sama ada lulus UKCG dan panggilan temuduga  – 2 Mei 2016- 19 Mei 2016.
  • Temuduga berjalan – 9 Mei 2016 – 20 Mei 2016
  • Semakan sama ada berjaya temuduga dan diserap masuk ke IPG – 6 Jun – 13 Jun 2016.
  • Pendaftaran pelajar baru di IPG- 13 jun 2016
  • Semua semakan ini bolehlah dilakukan pada pautan berikut:  Semakan IPG 2016 atau Di sini

    Apa Itu UJIAN KELAYAKAN CALON GURU UKCG

     Calon yang terpilih mesti menduduki UKCG. Ujian ini terdiri daripada tiga (3) sesi iaitu :
       i. Sesi Ujian Bertulis.
           a. Terdiri daripada Bahagian A dan Bahagian B yang MESTI dijawab oleh calon dalam tempoh 45 minit.
       ii. Sesi Ujian Kecergasan Fizikal
           a. Semua calon MESTI menjalani Ujian Kecergasan Fizikal.
           b. Calon yang memilih Pendidikan Jasmani sebagai opsyen pertama (1) atau kedua (2) MESTI menjalani
               Ujian Amali Pendidikan Jasmani.
           c. Calon MESTI menandatangani Surat Akuan Calon dan diserahkan kepada pengawas yang bertugas sebelum
               ujian dilaksanakan.
       iii. Sesi Ujian Amali.
           a. Calon yang memohon Pendidikan Jasmani, Pendidikan Muzik, Pendidikan Islam dan Bahasa Arab.

    SOALAN LAZIM MENGENAI KEPUTUSAN IPG 2016

    S. Saya telah memenuhi keperluan minima permohonan tetapi masih gagal dipanggil menghadiri temu duga.
    J. Selain dari memenuhi syarat asas yang ditetapkan, anda juga perlu memenuhi syarat bidang pengkhususan yang dipohon.
        Di samping itu terdapat kriteria-kriteria lain yang diambil kira seperti penglibatan aktif dalam bidang ko-kurikulum
        dan pengiraan skor merit tertinggi mengikut bidang yang dipohon.
    S. Saya telah menghadiri temu duga tetapi gagal dalam permohonan kemasukan program berkaitan.
    J. Kemungkinan anda gagal dalam UKCG atau tidak mendapat perakuan panel temu duga atau mendapat merit yang rendah
        berbanding pemohon lain dalam sesi temu duga.
    S. Dari mana saya akan mendapat maklumat berkaitan permohonan saya.
    J. Anda dinasihatkan sentiasa melayari laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia www.moe.gov.my dari masa
        ke semasa untuk mendapatkan maklumat yang terkini.
    S. Saya terlibat dalam Progam Latihan Khidmat Negara (PLKN). Bagaimana saya ingin mengetahui keputusan 
        permohonan perguruan saya ketika saya sedang dalam latihan PLKN.

    J. Anda dinasihatkan untuk mencetak kalendar aktiviti di menu permohonan bagi mengetahui
        tarikh-tarikh penting bermula permohonan online sehingga pendaftaran di Institut Pendidikan Guru Kampus. 

    Berikut adalah beberapa soalan lazim yang kerap ditanya oleh para pemohon. JIka anda mempunyai soalan yang sama seperti yang tertera berikut, anda bolehlah membacanya.

    Permohonan IPG 2016 Online

    Berikut pula merupakan artikel terdahulu mengenai permohonan IPG 2016 maktab Perguruan yang telah pun ditutup permohinannya.

    Permohonan online maktab perguruan 2016 bagi memasuki IPG Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Semua pelajar lepasan SPM yang berminat untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perguruan di maktab perguruan bolehlah mula mengisi borang secara online.

    Permohonan online mula dibuka kepada semua yang berkelayakan pada 10 MAC 2016 di laman web moe.gov.my
    Berikut merupakan butir-butir mengenai permohonan maktab perguruan 2016 ini.
    Syarat Kemasukan Kursus Maktab Perguruan PPISMP 2016
    • Warganegara Malaysia.
    • Umur mestilah tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2016 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 1996.
    • Calon mesti sihat tubuh badan.
    • Calon mesti aktif dalam kegiatan kokurikulum.
    • Calon mendapat gred cemerlang. Makluman Gred cemerlang merangkumi gred A-, A dan A+ dalam mana-mana lima (5) mata pelajaran di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
    • Calon mesti mendapat sekurang-kurangnya gred kepujian dalam mata pelajaran yang berikut iaitu: i. Bahasa Melayu; dan. Sejarah.
    • Calon mestilah lulus Bahasa Inggeris.
    Antara Kursus Yang Ditawarkan Bagi permohonan IPG 2016 adalah:

    • Sekolah Kebangsaan ( BM, BI, Bhs Cina, Bhs Tamil, Bhs Iban, Bhs Kadazandusun)
    • Sekolah Jenis Kebangssan Cina ( BM, BI, Bhs Cina, P.Islam)
    • Sekolah kebangssan Tamil ( BM, BI, Bhs Tamil, P.Islam)
    • Sekolah kebangsaan pendidikan khas (masalah pembelajaran,pendengaran, penglihatan)
    Permohonan akan mula dibuka pada 10 Mac 2016.

    Permohonan boleh dibuat di link ini : LINK Permohonan 

    Tarikh Tutup Permohonan: 27 Mac 2016 (11: 59 malam)

    Jika anda ada soalan tentang bagaimanakah cara untuk mengisi borang permohonan online IPG ini, anda boleh terus memuat turun panduan dalam format PDF yang telah disediakan oleh pihak kementerian ini.

    7 Comments on "Permohonan Maktab Perguruan IPG 2017 Online"

    1. salam..bila tarikh permohonan yang seterusnya..saya ingin memohon.

    2. haah..boleh je kan siswa mmohon maktab nie?

    3. Bla permohonan bleh d buat??ingin memohon

    4. Saya berminat untuk hantar anak saya

    5. Dimaklumkan bahawa kenyataan ini adalah palsu dan bertujuan memerangkap calon-calon spm 2015. Buat masa ini Kementerian Pendidikan Malaysia belum lagi membuka permohonan kemasukan ke Institut Pendidikan Guru Malaysia. Intitusi yang dimaksudkan..Maktab Perguruan sudah tidak ada lagi. Jangan terpengaruh…sila layari laman web www.moe.gov.my untuk mendapat maklumat yang sahih. Sebarang pengumuman akan disiarkan secara rasmi menerusi media massa dan bukannya media sosial tidak rasmi kendalian seorang individu seperti laman ini. UNIT KOMUNIKASI KORPORAT, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MAKAYSIA.

    6. Dimaklumkan bahawa kenyataan ini adalah palsu dan bertujuan memerangkap calon-calon spm 2015. Buat masa ini Kementerian Pendidikan Malaysia belum lagi membuka permohonan kemasukan ke Institut Pendidikan Guru Malaysia. Intitusi yang dimaksudkan..Maktab Perguruan sudah tidak ada lagi. Jangan terpengaruh…sila layari laman web www.moe.gov.my untuk mendapat maklumat yang sahih. Sebarang pengumuman akan disiarkan secara rasmi menerusi media massa dan bukannya media sosial tidak rasmi kendalian seorang individu seperti laman ini. UNIT KOMUNIKASI KORPORAT, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MAKAYSIA.

    Leave a comment

    Your email address will not be published.


    *