Malaysia Capai Misi 111 Pingat Emas Dalam Sukan Sea 2017

 Kuala Lumpur – Malaysia akhirnya berhasil mencapai sasaran Pingat Emas sebanyak 111 yang ditetapkan sebelum pelaksanaan Sukan Sea dua tahunan ini berlangsung.

 Capaian target Malaysia ini disampaikan langsung oleh Menteri Pemuda dan Olah Raga Malaysia, Khairy Jamalludin melalui akun twitter-nya @Khairykj Senin malam (28/8).

@Khairykj : Mission accomplished. #111 done #KitaJuara. Twit Khairy yang artinya misi tercapai ini  mendapatkan 8,623 retweets dan 4,277 like.

“Sasaran 111 emas ini bukanlah satu rekod baru tetapi hanya satu penanda terdapat peningkatan prestasi atlet Malaysia dibandingkan pencapaian Sukan Sea sebelumnya,” ujar Khairy.

Dia mengatakan ini adalah sejarah tercipta dimana Malaysia bukan saja berhasil muncul sebagai juara keseluruhan malah turut mencapai sasaran 111 Pingat Emas.

“Bahkan kita mungkin akan dapat meraih beberapa emas yang akan dipertandingkan,” katanya.

Perdana Menteri Malaysia Dato Sri Najib Tun Razak telah melakukan siaran secara langsung dari akaun laman sosial miliknya dengan mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada atlet dan rakyat Malaysia yang memberi dukungan sejak awal temasya ini bermula.

 Pernada Menteri Dato Sri Najib Razak juga hadir ke hotel penginapan Tim Malaysia di Hotel Renaissance sebagaimana dia janjikan kalau Malaysia berhasil meraih 111 emas. Malaysia akan Menyambut cuti sehari sebagai menyambut hari peristiwa kemenangan terhadap Malaysia.

Be the first to comment on "Malaysia Capai Misi 111 Pingat Emas Dalam Sukan Sea 2017"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*