Khairul Hafiz Jantan Raih Emas 100 Meter Sukan Sea

 Kemenangan terhadap atlit Malaysia Khairul Hafiz Jantan  yang digelar ‘Speedy Jantan’ telah membanggakan Malaysia apabila berjaya memenangi pingat emas dalam acara 100 meter(L). Beliau berjaya membuktikan dirinya manusia terpantas di Asia Tenggara selepas berjaya mengalahkan juara bertahan Eric Cray dari Filipina.
 Kemenangan ini juga telah menjadi bualan hangat netizen yang rata-rata puji dan bangga dengan pencapaian Khairul Hafiz.
 Khairul Hafiz berjaya melepasi garisan penamat dengan masa 10.38s sekaligus mengalahkan Eric Cray dari Filipina yang terpaksa berpuas hati dengan perak selepas mencatat masa 10.43s. Manakala, Kritsada Namsuwun dari Thailand juga mencatat masa 10.43s untuk gangsa. Rakan sepasukan Khairul Hafiz, Jonathan Nyepa dari Sarawak menduduki tangga kelima pada 10.66s.
 Kini Malaysia kembali bangkit setelah 14 tahun tidak memenangi pigat dalam acara larian 100 meter. Malaysia pernah mencipta sejarah menerusi tiga pelari lelaki negara yang berjaya meraih pingat emas bagi acara 100 meter bermula pada tahun 1965, 1967 dan 2003. 
 Tan Sri Dr. M. Jegathesan, G. Rajalingam dan Nazmizan Muhammad adalah individu istimewa yang pernah mengharumkan nama negara dalam acara 100 meter. Kini hadirnya lagi satu wira negara yang mengharumkan nama negara.

Terima Kasih Rakyat Malaysia

 TERIMA kasih kepada semua rakyat Malaysia, jurulatih (Mohd Poad Md Kassim). Saya gembira sangat, tak tahu nak cakap apa dan ini hadiah untuk ayah, keluarga dan semua rakyat Malaysia
Saya rasa gementar namun bersyukur mampu dapatkan pingat emas. Alhamdulillah janji saya kepada jurulatih dan semua penyokong untuk mendapatkan pingat emas, terhasil. Kejayaan ini amat istimewa kerana ini penyertaan pertama saya di Sukan SEA dan berjaya mendapat pingat emas.
Khairul Hafiz berjaya menamatkan kemarau pingat emas 14 tahun apabila berjaya menjuarai acara riben biru.

Reaksi Rakyat Malaysia

Be the first to comment on "Khairul Hafiz Jantan Raih Emas 100 Meter Sukan Sea"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*