Tajuk dan Panduan Tugasan Kerja Kursus Geografi PT3 2018

Tajuk dan Panduan Tugasan Kerja Kursus Geografi PT3 2018

Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah pun mengeluarkan tajuk bagi kerja kursus Geografi Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3). Kerja kursus ini akan berlangsung selama lebih kurang sebulan. Iaitu bermula pada 8 julai hinggan 27 Julai 2018. Para pelajar dikehendaki untuk menyiapkan tugasan ini mengikut masa yang telah ditetapkan oleh pihak KPM. Kami di sini ada menyediakan panduan untuk anda menyiapkan tugasan ini dengan lebih mudah. Pada kali ini kami mengupas dengan ringkas berkenaan tajuk kerja kursus Geografi PT3 2018.

KERJA KURSUS GEOGRAFI PT3 TAHUN 2018 TAJUK

Tajuk Tugasan Kerja Kursus Geografi PT3 2018

Tajuk kerja kursus PT3 2018 Geografi adalah;

Tajuk:

Anda dikehendaki untuk melakukan kajian mengenai guna tanah di kawasan kajian anda samaada di tempat tinggal anda taupun di sekolah anda. Guna tanah adalah merujuk kepada aktiviti manusia yang mengubah dan menyesuaikan tanah untuk memenuhi keperluan manusia.

Komponen Perlu ada dalam Kajian Geografi PT3 2018

Berikut adalah komponen ataupun topik yang perlu ada di dalam kajian geografi anda;

  • latar belakang kawasan kajian
  • melukis peta yang menunjukkan taburan guna tanah di kawasan kajian anda
  • mentafsir peta yang menunjukkan taburan guna tanah di kawasan kajian.
  • Mengenalpasti satu jenis guna tanah yang utama di kawasan kajian dan huraikan faktor berlakunya kegiatan guna tanah berkenaan.
  • mengenalpasti kesan daripada kegiatan guna tanah tersebut.
  • Mencadangkan usaha yang boleh dilakukan untuk mengurangkan kesan kegiatan guna tanah tersrbut.
  • Membentangkan hasil daripada kajian anda.

Semoga panduan ringkas ini dapat membantu anda untuk melakukan dan menyaipak kerja kursus Geografi PT3 2018 ini. Kemaskini akan kami lakukan untuk topik lain seperti contoh jawapan dan panduan menulis jawapan.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *