Inilah Sebab Kenapa Allah Temukan Kita Dengan Insan Yang Salah. Suami Isteri Wajib Baca!

Allah S.W.T temukan kita dengan orang salah tapi sebenarnya itulah yang terbaik bagi kita. Allah S.W.T tidak akan sengaja buat kita susah dengan segala perancanganNya semua itu adalah ujian kepada HambaNya, Allah juga tidak akan memberikan beban yang berat sehinggakan kita tidak mampu memikul beban itu.

 

Sebab-sebab kenapa Allah temukan kita dengan Insan yang salah

 

1. Allah sengaja menemukan kita dengan orang salah supaya bila kita bertemu jodoh yang sebenar, oleh itu masih ada rasa syukur kita pada Allah atas ketentuanNya.

 

2. Allah sengaja menemukan kita dengan orang salah supaya kita dapat menjadi penilai yang baik

 

3. Allah sengaja menemukan kita dengan orang salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yang sentiasa mengharapkan pertolongan Allah dalam apa jua keadaan.

 

4. Allah sengaja menemukan kita dengan orang salah supaya kita mendapat kasih sayang yang terbaik khas untuk diri kita.

 

5. Allah sengaja menemukan kita dengan orang salah supaya  kita sedar bahawa Allah itu Maha Pemurah dan penyayang kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yang hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan.

 

6. Allah sengaja menemukan kita dengan orang salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yang mana tidak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

 

7. Allah sengaja menemukan kita dengan orang salah supaya  kita jadi manusia yang hebat jiwanya.

 

8. Allah sengaja menemukan kita dengan orang salah supaya kita lebih faham bahawa cinta yang terbaik hanya apabila kita bersama-sama Allah.

 

9. Allah sengaja menemukan kita dengan orang salah supaya  kita lebih mengenali kehidupan yang tidak selamanya kekal.

 

Perlu kita ingat, walaupun insan tersebut pergi meninggalkan kita. Kita masih ada Allah  S.W.T yang sentiasa mengasihi dan menyayangi kita. Tiada satu pun cinta yang kekal abadi melainkan cinta kita kepada Allah S.W.T .

 

Be the first to comment on "Inilah Sebab Kenapa Allah Temukan Kita Dengan Insan Yang Salah. Suami Isteri Wajib Baca!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*