Semakan i-Sinar : Permohonan Pengeluaran Akaun 1 KWSP

i-Sinar adalah medium yang diperkenalkan oleh kerajaan untuk memudahkan para pencarum mendapat akses pengeluaran KWSP daripada akaun 1.

KWSP telah meluluskan pengeluaran sehingga RM60,000 mengikut syarat yang ditetapkan.

Golongan yang boleh mengeluarkan wang simpanan daripada KWSP terbahagi kepada 2 iaitu;

  • Simpanan kurang daripada RM90k dalam akaun 1
  • Simpanan lebih daripada RM90K dalam akaun 1.

Bagi mereka yang mempunyai kurang dari RM90k, pengeluaran maksima yang boleh dilakukan adalah sebanyak RM9000.

Manakala bagi mereka yang lebih dari RM90K dalam akaun 1 kwsp pula boleh mengeluarkan maksimum sehingga RM60,000.

Untuk lebih faham mekanisma pengeluaran ini, boleh lihat jadual di bawah ini:

kwsp i sinar

Permohonan i-Sinar KWSP

Syarat utama untuk memohon adalah,

  • hilang kerja
  • cuti tanpa gaji
  • pendapatan terjejas

Permohonan boleh mula dibuat pada Disember 2020.

Pengeluaran pertama pula akan bermula pada Januari 2021.

Semakan Keputusan Permohonan

Anda akan mengetahui keputusan permohonan anda beberapa minggu selepas permohonan dibuat.

Apakah i-Sinar?

Medium untuk pengeluaran akaun 1 KWSP.

Berapa jumlah pengeluaran?

Bergantung kepada baki terdapat dalam akaun 1

Bilakah permohonan i-sinar dibuka?

Pada Disember 2020.

Bayaran pertama i-Sinar?

Pada Januari 2021.

Leave a Comment