Semakan i Citra: Status Pembayaran Bulan Ogos 2021

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan tarikh pembayaran i-Citra bagi bulan Ogos 2021.

KWSP mengumumkan 2 Ogos sebagai tarikh pembayaran pertama bagi pencarum yang membuat permohonan pengeluaran i-Citra 2021.

Pembayaran akan dilaksanakan secara berperingkat. Ianya mengikut prosedur setiap bank di Malaysia.

Anda boleh membuat semakan status pembayaran secara online. Caranya kami kongsikan di dalam artikel ini.

Cara Semakan Status Pembayaran i-Citra

Sebelum anda boleh membuat semakan status pembayaran, anda semak dahulu status permohonan anda. Adakah pengeluaran wanga KWSP anda diluluskan ataupun sebaliknya.

Semak Status permohonan di sini: https://icitra.kwsp.gov.my/check-status

Kemudian, anda boleh membuat semakan status pembayaran dengan login ke dalam i-Akaun KWSP dan lihat transaksi terkini. Klik i-Akaun : https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login

login i-akaun

Lihat bahagian transaksi i-Citra.

Bilakah pembayaran pertama i-Citra?

Bermula 2 Ogos 2021.

Bagaimana cara semak bayaran terkini?

Lihat cara yang dikongsikan di dalam artikel ini.

Leave a Comment