Hukum Qunut Dalam Solat Subuh

 Kadang ada sesetengah orang tidak mengetahui apa sebenarnya hukum melakukan qunut dalam solat subuh . Kita lihat saudara islam kita bila solat subuh ada yang melakukan dan ada juga yang tidak melakukan. Ada pendapat kata melakukan qunut dalam solat subuh adalah satu bida’ah”Tak boleh buiat”. Ada pula yang mengatakan perkara qunut ini adalah wajib dalam solat subuh” mesti buat” . jadi apakah hukum sebenarnya qunut ini dalam solat subuh.

 Sebenarnya memang ada pendapat ulama yang berlainan. Tapi kita tak perlu pening-pening atau keliru, disebabkan kita mengikut Mazhab Syafie maka hukumnya adalah SUNAT MUAKKAD ( sunat yang dituntut/disuruh) . Maksudnya sebaiknya kita lakukan. Jika terlupa atau sengaja meninggalkan qunut, solat subuh tetap SAH. Tapi selepas tu sunat kita melakukan Sujud Sahwi. ” macam mana pula kalau tak buat Sujud Sahwi?? Tak lakukan tak apa, solat tetap akan SAH sebab hukum asal melakukan qunut adalah sunat .

 Lepas ni tak perlu lagi keliru atau nak bahs panjang-panjang sampai lari tajuk..ahahaha.. Kalau kita buat dan orang lain tak buat jangan anggap orang yang tak buat tu solatnya tak sah atau pun anggap orang tu sesat. Kalau kita tak buat, jangan pula anggap orang yang buat tu melakukan satu bida’ah.

Wallahu a’lam… yang baik itu datangnya dari Allah

Be the first to comment on "Hukum Qunut Dalam Solat Subuh"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*