Kadar Dividen ASB 2020 & Tarikh Pembayaran 2021

Amanah Saham Bumiputera (ASB) merupakan pelaburan wang popular yang dikhaskan untuk bumiputera. Dividen ASB memberikan pulangan yang agak tinggi berbanding bentuk pelaburan lain dan mempunyai nilai risiko paling minimum.

Setiap tahun, kadar dividen ASB akan diumumkan kepada semua pelabur. Selalunya ianya diumumkan pada akhir tahun pelaburan.

Manakala, dividen pula akan terus dikreditkan pada awal tahun berikutnya selepas pembukaan semula urus niaga.

Pada tahun 2020 ini, urus niaga akan ditutup dan dibuka mengikut tarikh berikut:

  • Tempoh penangguhan: 22 Disember hingga 3 Januari 2021.
  • Pembukaan semula urusniaga: 4 Januari 2021

Ini bermakna,pada 4 januari, anda boleh mengeluarkan wang dividen anda.

Pengeluaran pula boleh dilakukan sama ada secara online ataupun hadirkan diri ke mana-mana bank yang menyediakan perkhdimatan ASB.

Baca: i-Sinar Online KWSP

Kadar DIviden ASB 2020

Setakat ini, divdien belum diumumkan lagi. Kami akan mengemaskini di sini.

Anda boleh lihat dahulu prestasi dividen ASB 5 tahun kebelakangan ini.

  • 2020: (Akan diumumkan)
  • 2019: 5.0+0.5
  • 2018: 6.5+0.5
  • 2017: 7.0+ 02.5+1.0
  • 2016: 6.75+0.5
  • 2015: 7.25+0.5

DIharap dividen yang diperolehi dapat digunakan untuk manfaat anda dan semoga anda lebih konsisten untuk melabur di dalam ASB di masa akan datang.

Leave a Comment