Contoh Surat Berhenti Kerja Mudah Dan Ringkas

Berikut merupakan contoh surat untuk berhenti kerja. Surat ini bolehlah diberikan kepada majikan bagi mengatakan yang anda berhenti kerja.

Contoh Surat Berhenti Kerja

Siti Norhayati Bte. Jamalan
No. 435, Jalan Masjid, Felda Sri Jaya,
Bukit Serampang,
85210 Jementah, Ledang,
Johor Darul Takzim.
_____________________________________________________________________________________
Tuan Hj. Khalil Bin Jali
Sek. SRI Seremban
Jalan Dato’ Kelana Maamor,
70200, Seremban,
Negeri Sembilan Darul Khusus.                                                                              27 JANUARI 2012
Tuan,
Notis Berhenti Kerja Di Sri Seremban
Saya seperti nama di atas menyerahkan surat ini sebagai notis berhenti kerja sepertimana yang telah dipersetujui, saya perlu memberikan notis dua minggu ini dan tarikh akhir saya bekerja di Sri Seremban adalah pada _______(tarikh).
Antara sebab-sebab saya ingin berhenti kerja di syarikat tuan adalah kerana saya telah menerima tawaran kerja lain yang mana lokasinya lebih hampir dengan rumah alamat tetap saya. Masalah ini juga berkaitan dengan masalah pengangkutan.
Dikesempatan ini saya mengucapkan ribuan terima kasih di atas segala nasihat, tunjuk ajar serta keperihatinan pihak tuan selama saya berkhidmat di syarikat tuan.
Semoga tuan menerima baik notis ini.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
…………………………..
(Siti Norhayati Bte. Jamalan)
—————————————-
Credit : Blog

surat berhenti kerja notis seminggu
surat berhenti kerja notis 24 jam
surat berhenti kerja 24 jam
surat berhenti kerja serta merta

Be the first to comment on "Contoh Surat Berhenti Kerja Mudah Dan Ringkas"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*