Connect with us

INFO

Cara Keluarkan Duit ASB Tanpa Buku

Published

on

keluarkan asb tanpa buku

Amanah Saham Bumiputra kini boleh dikeluarkan tanpa menggunakan buku. Jika sebelum ini, anda perluv hadir ke mana-mana cawangan ASB dan perlu mmebawa buku serta kad pengenalan. Kini tidak lagi. Anda cuma perlu membawa IC sahaja.

kelauakrna asb tanpa buku

TEMERLOH 20 APRIL 2017. Kaunter semakan Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) yang dibuka khas sempena Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2017 di Dataran Temerloh. STR/NAZIRUL ROSELAN

Cara Keluarkan Duit ASB Tanpa Buku

Anda boleh keluarkan duit ASB tanpa buku dengan cara berikut:

1. Hadir ke mana-mana cawangan ASB. Ataupun ke Bank di mana ASB boleh dikeluarkan seperti Maybank, Ambank, CIMB dll.

2. Bawa bersama kad pengelanan anda.

3. Isi borang yang tersedia di kaunter.

4. Jika tidak pasti borang yang mana satu, anda boleh terus bertanya kepada pegawai yang bertugas.

5. Pastikan anda mengetahu 12 digit no akaun ASB anda. Jika tidak tahu, boleh bertanya pada pegawai bertugas. Cuma tunjukkan IC sahaja dan pengesahan cop jari diperlukan.

Semoga artikel ringkas ini dapat membantu anda bagaimana cara untuk keluarkan duit ASB tanpa menggunakan buku.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

INFO

Cara Memohon ADAM50 Untuk Bayi Baru Lahir

Published

on

By

admin
daftar adam50

Kerajaan ada menyediakan insentif kepada bayi yang lahir pada tahun 2018 hingga tahun 2022. Insentif diberikan sebanyak RM200 dimasukkan ke dalam akaun Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) bayi. Ianya dinamakan ADAM50.

Di sini saya kongsikan secara ringkas bagaimana untuk daftar ADAM50. Ini merupakan mengikut pengalaman saya sendiri.

daftar adam50

Bayi Lahir Oktober 2018

Anak pertama saya dilahirkan pada bulan Oktober 2018. Selaps sahaja keluar dari wad, saya menguruskan sendiri pembuatan surat beranak anak saya. Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan. Ketika mendapat surat beranak di Jabatan Pendaftaran (JPN), pegawai berkenaan memberitahu mengenai ADAM. Katanya, jika hendak daftar ADAM50, kena pergi ke cawangan ASB terdekat ataupun boleh ke Bank yang menjadi agen ASB. (Maybank, CIMB, Ambank, Hong Leong).

Apa lagi, saya tidak melengahkan masa, keesokan harinya saya pergi ke  bank Maybank dengan membawa Mykid. Perlu diketahui, boleh bawa sama ada mykid ataupun surat beranak. Tapi, anak tak perlu bawa ye. Kesian anak nanti, yelah baru lahir kan. Takkan dah nak bawak keluar pulak.

Prosedur Daftar ADAM50

Untuk membuat ADAM50 ni, ayah ataupun ibu sahaja yang boleh mendaftar ADAM50. Akan tetapi, Ayah dan Ibu perlulah mempunyai akaun ASB sendiri. Ini kerana, maklumat ASB anak berkenaan akan diletakkan di bawah penjaga (ibu atau bapa).

Jika ayah yang mendaftar, maka ianya di bawah ayah. Dan begitulah juga sebaliknya jika ibu yang mendaftar.

Bagaimanapun, anak akan mendapat nombor akaun ASB sendiri.

Baiklah, secara ringkas. Berikut merupakan dokumen yang perlu dibawa.

  • Surat beranak / Mykid anak.
  • Mykad ayah/ibu

Hadir sahaja di maybank, nyatakan hasrat untuk mendaftar ADAM50. Anda akan diminta untuk mengisi borang. Adalah dalam 3 borang yang perlu diisi. senang sahaja.

Nombor dah dipanggil, tunggu dalam 3-5 minit. Akhirnya semuanya selesai.

cara nak semak penyata atau tambah baki ASB ADAM50

Saya sendiri mempunyai ASB dan ada daftar online ASB. Maka, saya boleh melihat penyata akaun anak yang telah didaftarkan ADAM50. Kalau nak tambah pelaburan , boleh terus lakukan melalui online. Senang.

Bila RM200 akan masuk?

Pada mulanya saya ingatkan insentif RM200 tersebut akan terus tertera dan dimasukkan dalam akaun ASB. Rupa-rupanya kena tunggu umur 28 tahun barulah ianya dimasukkan. Cuma sekarang ianya berada dalam status ‘blocked”.

Baiklah, ini sahaja panduan ringka bagaimana anda boleh mendaftar ADAM50 dengan mudah dan senang. Ikuti langkah-langkah ini. Dan jangan berlengah untuk mendaftar. Ini kerana ini adalah kemudahan yang rugi jika kita biarkan ianya berlalu.

Continue Reading

INFO

5 Smartphone Terbaik 2018 Malaysia (Bawah RM1000)

Published

on

By

admin
zenfone max pro m1

Bila bercakap mengenai smarpthone ni, memang tak akan habis. Ini kerana setiap tahun akan ada smartphone baru dikeluarkan oleh setiap jenama. Tidak kiralah daripada Samsung, Xiaomi, Huawei, LG dan banyak lagi pengeluar smartphone lain. Pada kali ini, saya ingin berkongsi mengenai 10 smartphone terbaik yang berharga di bawah RM1000.

Senarai Smartphone harga RM1000 di tahun 2018

Dalam memilih smartphone terbaik, beberapa spesifiasi perlu diambil kira. Antaranya adalah RAM, ROM, dan Processor.

Berikut 5 pilihan saya smartphone terbaik.

Redmi 5 Plus

redmi 5 plus

Redmi 5 Plus dilengkapi dengan skrin bersaiz  5.99.

Terdapat dua variasi iaitu variasi 3GB RAM dan 4GB RAM.

Beli di sini.

Huawei Nova 3i

nova 3i

Setelah Huawei berjaya dengan model Huawei Nova 2i, maka legasi Nova diteruskan lagi dengan Huwaei Nova 3i. Huawei Nova 3i dilengkapi dengan skrin yang lebih besar iaitu sebesar 6.3 inci. Memori pula sebesar 256GB dan ram sebanyak 4GB ram. Satu lagi tarikan pada smartphone ini adalah kelebihan pada kamera. 2 kamera hadapan dan 2 kamera belakang. Dual Front Camera : 24MP+2MP .Dual Rear Camera : 16MP+2MP.

 

Harga sekarang sekitar RM1300. Akan tetapi anda boleh mendapatkannya dengan harga serendah RM1000.

Beli di sini.

mi a2

 

Xiaomi Mi A2

Satu lagi model yang diteruskan pengeluarannya adalah Xiaomi Mi A2. Setelah MI A1 mendapat sambutan, Xiaomi tidak teragak agak mengeluarkan model Mi A2. Apa yang menjadi daya tumpuan orang ramai pada peranti ini adalah kelebihan OS yang digunakan adalah pure stock android.

Smartphone ini dilengkapi RAM 4GB dengan pilihan storan ROM.

Beli sini RM875

Samsung J8 2018

samsung j8

Apa yang menjadi daya penarik pada Samsung J8 adalah dengan kelebihan skrin infiniti juga dilengkapi dengan Amoled skrin. Semua gambar akan tampak terang dan cantik apabila di lihat daripada skrin Samsung J8.

Anda tidak akan rasa menyesal kerana membeli Smartphone jenama Samsung.

Beli disini Samsung J8 – RM879

Asus Zenfone Max Pro M1

zenfone max pro m1

Jika orang terdengar Asus, pasti ramai yang tidak menjadikan Asus sebagai pilihan. Jika dulu, YA, tapi sekarang Asus juga telah membuat banyak penambahbaikan. Kini tidak lagi seperti Asus yang lama. Asus Zenfone Max pro M1 mempunyai kelbebihan dari segi bateri yang tahan. Jika anda kaki gaming, anda sesuai memilikinya.

Beli Asus Zenfone MAx Pro M1 harga RM849

 

Maka, buatlah pilihan yang tepat untuk membeli smartphone. Pilihlah diantara 5 senarai yang telah saya buat ini. Anda tidak akan menyesal.

 

Continue Reading

INFO

Tema dan Logo Hari Kemerdekaan 2018 yang simple tapi bermakna

Published

on

By

admin
logo merdeka

Tidak lama lagi dah nak sambut hari kemerdekaan tahun 2018. Hari kemerdekaan ni juga orang sebut sebagai hari kebangsaan. Pada pandangan saya,  apa yang menarik pada hari kebanngsan kali ini adalah ini merupakan hari kebanngsaan pertama ianya disambut oleh kerajaan baharu. Yelah, setelah 60 tahun ianya diperintah oleh parti yang sama, akhirnya berubah jugaklah ke parti baharu yang memerintah. Walaupun tampuk pemerintah tertinggi adalah orang yang sama yang memerintah lama sepanjang 60 tahun lepas kan. :D.

Tapi kali ini bukan nak cerita pada politik ni. Tapi nak cerita tentang  logo dan tema hari kebangsaan tahun ini. Oh lupa pulak, untuk pengetahuan tambahan pembaca , tahun ni adalah hari kebangsaan yang ke 61.

 

Tema dan Logo yang Simple Tapi Bemakna

Tema hari kebangsaan tahun ni adalah;

“Sayangi Malaysiaku”

Simple bukan. Pada pendapat saya, kira dah okaylah tu tema begitu digunakan pada tahun ni. Dengan bercambahnya sifat perkauman di kalangan rakyat Malaysia saban hari. ada baikanya ianya kembali dipupuk untuk mengembalikan kesejahteraan yang pernah dikecapi sebelum ni.

Seingat saya masa kecil kecil dulu bila tiba je hari Kebangsaan, semua akan semangat pasang bendera Malaysia.

pakcik pasang bendera

Tapi semenjak dua menjak ni, aktiviti pasang dan kibarkan bendera ni dah jarang kita nampak.

Hari kemerdekaan tu berlalu begitu sahaja tanpa ada apa-apa rasa semangat hendak meraikannya. Entah di mana silapnya. Semakin hari makin hilanglah pulak sikap patriotik dalam diri kita.

Adakah disebabkan dengan kecanggihan dunia teknologi sekarang menyebbakan semua orang sibuk di alam maya.

Berbeza pula dengan negara-negara lain, apabila tiba hari kemerdekaan/kebangsaan mereka, mereea akan sambut dengan kaw kaw punyalah.

 

Pernah dahulu, saya order barang dari China, seller beritahu yang penghantaran tidak boleh dilakukan waktu itu. Sebab negara dorang cuti seminggu. Sempena hari kebangsaan. Fuh. Bayangkanlah sampai begitu sekali mereka nak sematkan rasa patriotik tu dalam diri setiap rakyat mereka.

sambuta kemedekaan china

Ingatkan cuti seminggu  kat China ni cuma propa je. Tapi disebabkan saya terlebih rajin, saya google lah.

Ni yang saya dapatdari satu lamanweb mengenai pelancongan di China.

cuti china

Cuti hari kebangsaan di China adalah bermula 1 October hinggan 7 October. Seminggu ini dorang sebut ataupun panggil sebagaqi minggu emas.

Okay, dah cakap panjang lebar tentang tema. Kita pergi ke bahagian logo pula.

Tengok gambar di bawah ini. Gambar tu merupakan logo hari kemerdekaan tahun ini.

logo merdeka

Tak tahu lah adakah cuma perasaan saya, ataupun logo sebegitu macam selalu nampak. Logo seakan hari keluarga, keluarga penyayang something like that la.haha. Saya bukan expert bab bab logo ni. Ulasan ni cuma ulasan pada mata amatur macam saya. CUba tengok gambar di bawah ini. Lebih kurang sama lah kan.

kelaurga logo

Logo ni nampak klise . Oya baru teringat. Nampak macam logo larian marathon pun ada juga.haha.

Tapi dibandingkan dengan logo sebelum ini, di mana bendera Malaysia tu cuma dicrop dijadikan segi empat. Tengok bawah ini.

 

logo o2017

Orang kata, “senang buat duit” nampak designer tu.hehe.

 

Tak tahulah, mungkin ada simbolik tersendiri designer cipta logo tersebut. Manatahu dia dah kira vector ukuran, dimension, bagai kan.  Apa yang penting, terima setiap hasil karya seseorang.

Okeylah akhir kata dari saya, Jom sama-sama semarakkan hari kemerdekaan tahu ni. Janganlah asyik 24 jam hadap internet. Update status kemerdekaan , tapi 1 bendera pun tak kibar kat rumah, kereta, pejabat atau tempat-tempat lain.

Tempat Sambutan Merdeka

Oya, sambutan merdeka tahu ni dibuat kat Putrajaya. Katanya sempena meraikan kerajaan baharu yang baru memerintah Malaysia. Sebenarnya sambut kat mana-mana pun tak apa. Tapi saya kurang setuju alasan  disebabkan menyambut kerajaan baharu.  Sebab apa? Sebab hari kemerdekaan ni tak ada kaitan pun dengan keputusan pilihanraya yang lalu. Sepatutnya tanmakan semangat patriotik dan mengingati perjuangan tokoh terdahulu yang perlu diterapkan. Setuju tak?

Lagu hari Kebangsaan 2018

Dan tidak ketingggalan juga, setiaptahun kan mesti ada lagu khas untuk kemrdekaan ni.

Tahun ni, lagu bertajuk “Kita Punya Malaysia

Nyanyian Bunkface. Tonton video ni.

Bila pertama kali dengar , lagu ni tak melekat di kepala. Mungkin nanti bila dah selalu diputarkan di radio, akan melekatlah di kepala. Sepatutnya lagu lagu kebangsaan ini adalah lagu yang boleh dinanyikan bersama-sama tanpa memerlukan pun teknik nyanyian yang betul. Contoh baik macam lagu Keranamu Malaysia.

Lagu keranamu Malaysia ni, muzik awal-awal pun dah buatkan kita tak sabar nak nanyi sama-sama kan.

 

Okehlah, akhir kata dari saya, Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2018 yang ke-61.

Continue Reading

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.