Bantuan Tunai Rakyat BTR 2023 Semakan Permohonan

Sedang saya melayari laman facebook, terlihat satu posting dari sebuah page tempatan menyatakan bahawa Bayaran Bantuan Tunai Rakyat dipercepatkan. Dalam hati saya berfikir, adakah Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) sebelum ini telah ditukar kepada Bantuan Tunai Rakyat (BTR). Melalui sedikit pembacaan, betullah memang BKM sudah bertukar kepada BTR.

BTR ni pun diumumkan masa sesi perbahahasan/ pembentangan parlimen yang rasanya sedang berlangsung sekarang. Nampaknya Perdana Menteri kita dah buat pengumuman rasmi tentang bantuan ni.

Bantuan Tunai Rakyat

Nampaknya, BTR ni telah dipercepatkan pembayarannya. Mungkin juga PM mengira nasib dan keadaan yang menimpa rakyat ketika ini. Yang paling menyedihkan berlaku sekarang adalah kejadian banjir yang berlaku di kebanyakkan daerah di Semenanjung Malaysua. Lebih-lebih lagi di pantai timur.

Jadi, PM telah meng-awal-kan pembayaran bantuan kewangan ini. Sepatutnya bayar bulan Mac 2023 ni. Tapi dipercepatkan selama 2 bulan bulan awal. Jadi, semua penerima mungkin akan terima bayaran pertama pada Januari 2023 ni.

Berapa akan dibayar?

Disebabkan nama pun dah tukar ke BTR, mungkin juga jumlah bayaran pun akan berubah. Mungkin ada kenaikan, ataupun sebaliknya? Tapi apa yang pasti, jumlah yang diterima nanti pun dah diumumkan secara rasmi. Semua penerima nanti akan mendapat RM300 bagi yang sudah berkeluarga (isi keluarga). Untuk golongan bujang juga, akan mendapat bayaran RM100.

PM juga mengumumkan bahawa ini adalah bayaran fasa 1. Ini bermakna, akan ada lagi bayaran selepas ini. Kalau mengikut rekod sebelum ni, pembayaran sampai ke fasa 4.

Perlu mohon ke?

Saya berpendapat, pastinya kerajaan tidak akan menyusahkan rakyat untuk membuat permohonan sekali lagi. Apa yang lebih mudah, kerajaan akan terus menggunakan database yang sudah pun mereka kumpul sebelum ni dalam laman web bkm.hasil.gov.my . Sebab dalam database tu pun sudah lengkap semuanya maklumat penerima bantuan ni.

Semakan status

Setakat ni, apa yang saya lihat masih belum ada pautan rasmi untuk semakan status BTR ini. Tapi saya percaya , url ataupun laman web yang akan digunakan oleh LHDN adalah seperti https://btr.hasil.gov.my

Setakat ni laman web tersebut masih belum live. Mungkin pihak developer / pembangun web sedang berusaha la kot untuk bangunkan web. Sama-sama lah kita tunggu.

Okaylah, harap-harap bantuan tunai rakyat BTR ni dapat membantu semua golongan yang memerlukan. Oya, dengar-dengar, sehingga 9 juta penerima akan dapat manfaat bayaran BTR ni.

Leave a Comment