Connect with us

INFO

Semakan Bantuan Sara Hidup Rakyat 2018 (BSHR) Online

Published

on

mybshr

Bantuan sara hidup rakyat telah diperkenalkan menggantikan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M). Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSHR) diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir. Oleh yang demikian, pautan semakan, permohonan serta rayuan bagi BSHR telah diperbaharui. Di sini kami sediakan info mengenai permohonan BSHR, semakan keputusan serta bagaimana cara untuk membuat rayuan semula.

Semakan Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSHR) 2018

BSHR masih lagi menggunakan data yang diperolehi daripada maklumat BR1M. Ini bermakna, anda tidak pelru mengisi kembali dari permulaan untuk membuat permohonan. Anda boleh terus menyemak BSHR anda melalui sistem MyBSHR yang disediakan oleh pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN).

Cara membuat semakan adalah seperti berikut:

mybshr

Klik: SEMAK

Masukkan no kad pengenalan kemudian jawab 2 soalan keselamatan yang akan bertanya mengenai maklumat yang pernah anda isi.

Kemudian, anda klik semakan status. Dan status permohonan anda akan dipaaprkan. Adakah permohonan anda dalam proses, lulus, ataupun tidak layak. Setiap keputusan yang dikeluarkan akan dinyatakan sebab.

Rayuan Bantuan Sara Hidup Rakyat 2018

Rayuan boleh dibuat pada tarikh seperti berikut:

1 April 2018 – 30 Mei 2018

Tarikh rayuan ini telah tutup. Ini bermakna, tiada lagi rayuan yang akan diterima.

Tarikh dan jumlah Pemberian Duit BSHR 2018

Seperti yang dinyatakan , duit akan dikreditkan ke dalam akaun bank pemohon bermula pada 6 jun 2018 secara berperingkat.

 

Semoga bantuan BSHR ini sedikit sebanyak dapat mengurankan beban perbelanjaan semasa musim hari raya ini.

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

INFO

Teks Lafaz Bacaan Takbir Raya Aidilfitri Rumi dan Arab

Published

on

By

admin
bacaan takbir raya pada 1 syawal menyambut aidilfitri

Hari raya aidilfitiri tiba lagi. Antara ibadah yang sunat dilakukan semasa menyambut kedatangan syawal adalah dengan perbanyakkan takbir memuji Allah SWT. Adakah anda sedang mencari teks bacaan Takbir Hari Raya Aidliftir? Di sini kami sediakan panduan , teks dan lafaz takbir raya 2018.

bacaan takbir raya pada 1 syawal menyambut aidilfitri

Lafaz Takbir Hari Raya Aidilfiri

Berikut adalah lafaz takbir hari raya aidilfitri.

 

اللَّهُ أَكْبَرْ, اللَّهُ أَكْبَرْ, اللَّهُ أَكْبَرْ, 
ْ لَااِلٰهَ اِلَّااللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرْ, اللَّهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْدُ

Ertinya : Allah Maha besar,
Allah Maha Besar, Allah Maha Besar,
tidak ada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar,
Allah Maha Besar dan segala puji hanya milik Allah.

Rumi:

Allahu akbar x3

la ilaha Iillallahu wallahu akbar

Alllahu akbar walillah ilham

اللَّهُ أَكْبَرْ كَبِيْرًا وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيرًا
وَسُبْحَانَ اللَّهِ بُكْرَةً واَصِيْلاً,
لَااِلٰهَ اِلَّااللَّهُ وَلَانَعْبُدُ اِلَّا إِيَّاهُ, مُخْلِصِيْنَ لَهُ الدِّ يْنَ,
وَلَوْ كَرِهَ الكَا فِرُونَ,
لَااِلٰهَ اِلَّااللَّهُ وَحْدَهُ,
صَدَقَ وَعْدَهُ,
وَنَصَرَ عَبْدَهُ,
وَأَعَزَّجُنْدَهُ وَهَزَمَ الْاَحْزَابَ وَاحْدَهُ,
لَااِلٰهَ اِلَّااللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ,
اللَّهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْدُ

Ertinya : Allah Maha Besar dengan segala kebesaran, segala puji bagi Allah dengan sebanyak-sebanyak puji, dan Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang, tiada Tuhan melainkan Allah dan kami tidak menyembah selain kepada-Nya, dengan memurnikan agama Islam, meskipun orang-orang kafir membencinya. Tiada Tuhan melainkan Allah dengan ke Esaan-Nya, Dia dzat yang menepati janji, dzat yang menolong hamba-Nya dan memuliakan bala tentara-Nya dan menyiksa musuh dengan ke Esaan-Nya. Tiada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar, Allah Maha Besar dan segala puji hanya untuk Allah.

Rumi:

Allahu akbar kabira walhamdulillahi kathira,
Wa subhanallahi bukrataw waasila
la ilaha ilallah walanahbudu illa iyyahu
Mukhlisina lahuddin,
walau karihal kafirun,
La ilaha illahllahu wahdah,
Sodaqa wahdah,
Wa a a’zzajundahu wahazamal ahza bawahda
La illaha illallahu wallahu akbar,
Allahu akbar walillailhamd.

Perbanyakkan Takbir pada 1 Syawal

Jom sama-sama perbanyakkan takbir pada 1 syawal. masuk sahaja pada malam raya, kita disunatkan untuk bertakbir memuji Allah dan juga tanda kemenangan kita berpuasa selama sebulan.

Kami mengucapkan selamat menyambut hari raya aidilfitri.

Continue Reading

INFO

Semakan Peperiksaan Online Pembantu Perhubungan Perusahaan

Published

on

By

admin
pembantu perusahaan

Tahniah diucapkan kepada calon yang berjaya menduduki Peperiksaan Online Pembantu Perhubungan Perusahaan. Adakah anda ingin membuat semakan maklumat pepepriksaan anda? Semakan boleh dibuat secara online.

Butiran Peperiksaan Pembantu Perhubugnan Perusahaan

Peperiksaan ini diadakan mengikut butiran berikut:

  • Tarikh: 29 Mei 2019
  • Masa: 2 petang hingga 2:20 Petang.

Semakan Peperiksaan Online

Untuk membuat semakan peperiksaan bagi jawatan Pembantu Perhubungan Perushaan Gred S19, klik pautan berikut:

Kami mengucapkan selamat maju jaya menempuh ujian/peperiksaan online ini.

Continue Reading

INFO

Cara Memohon ADAM50 Untuk Bayi Baru Lahir

Published

on

By

admin
daftar adam50

Kerajaan ada menyediakan insentif kepada bayi yang lahir pada tahun 2018 hingga tahun 2022. Insentif diberikan sebanyak RM200 dimasukkan ke dalam akaun Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) bayi. Ianya dinamakan ADAM50.

Di sini saya kongsikan secara ringkas bagaimana untuk daftar ADAM50. Ini merupakan mengikut pengalaman saya sendiri.

daftar adam50

Bayi Lahir Oktober 2018

Anak pertama saya dilahirkan pada bulan Oktober 2018. Selaps sahaja keluar dari wad, saya menguruskan sendiri pembuatan surat beranak anak saya. Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan. Ketika mendapat surat beranak di Jabatan Pendaftaran (JPN), pegawai berkenaan memberitahu mengenai ADAM. Katanya, jika hendak daftar ADAM50, kena pergi ke cawangan ASB terdekat ataupun boleh ke Bank yang menjadi agen ASB. (Maybank, CIMB, Ambank, Hong Leong).

Apa lagi, saya tidak melengahkan masa, keesokan harinya saya pergi ke  bank Maybank dengan membawa Mykid. Perlu diketahui, boleh bawa sama ada mykid ataupun surat beranak. Tapi, anak tak perlu bawa ye. Kesian anak nanti, yelah baru lahir kan. Takkan dah nak bawak keluar pulak.

Prosedur Daftar ADAM50

Untuk membuat ADAM50 ni, ayah ataupun ibu sahaja yang boleh mendaftar ADAM50. Akan tetapi, Ayah dan Ibu perlulah mempunyai akaun ASB sendiri. Ini kerana, maklumat ASB anak berkenaan akan diletakkan di bawah penjaga (ibu atau bapa).

Jika ayah yang mendaftar, maka ianya di bawah ayah. Dan begitulah juga sebaliknya jika ibu yang mendaftar.

Bagaimanapun, anak akan mendapat nombor akaun ASB sendiri.

Baiklah, secara ringkas. Berikut merupakan dokumen yang perlu dibawa.

  • Surat beranak / Mykid anak.
  • Mykad ayah/ibu

Hadir sahaja di maybank, nyatakan hasrat untuk mendaftar ADAM50. Anda akan diminta untuk mengisi borang. Adalah dalam 3 borang yang perlu diisi. senang sahaja.

Nombor dah dipanggil, tunggu dalam 3-5 minit. Akhirnya semuanya selesai.

cara nak semak penyata atau tambah baki ASB ADAM50

Saya sendiri mempunyai ASB dan ada daftar online ASB. Maka, saya boleh melihat penyata akaun anak yang telah didaftarkan ADAM50. Kalau nak tambah pelaburan , boleh terus lakukan melalui online. Senang.

Bila RM200 akan masuk?

Pada mulanya saya ingatkan insentif RM200 tersebut akan terus tertera dan dimasukkan dalam akaun ASB. Rupa-rupanya kena tunggu umur 28 tahun barulah ianya dimasukkan. Cuma sekarang ianya berada dalam status ‘blocked”.

Baiklah, ini sahaja panduan ringka bagaimana anda boleh mendaftar ADAM50 dengan mudah dan senang. Ikuti langkah-langkah ini. Dan jangan berlengah untuk mendaftar. Ini kerana ini adalah kemudahan yang rugi jika kita biarkan ianya berlalu.

Continue Reading

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.